Monday 14 July 2014

PERTANIAN ISLAM AMALANKU




DI UPM KAMPUS BINTULU HANYA MENAWARKAN SATU FAKULTI SAHAJA IAITU FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN.BIDANG PERTANIAN MEMPUNYAI KEPENTINGAN DAN PANDANGAN YANG POSITIF DALAM ISLAM:
Kepentingan bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai.

Firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-A’raf ayat 58, yang bermaksud:
“ Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin ALLAH; dan tanah yang tidak subur, tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur.”
Firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 266, yang bermaksud:
“Apakah ada salah seorang di antara mu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angina keras yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikianlah ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.”
Di zaman serba moden ini, sector pertanian semakin terpinggir kerana kemajuan kerjaya lain yang telah berkembang maju dan mendapat pulangan yang lumayan. Namun sector pertanian adalah antara yang tertuadan paling kurang berisiko.

Di sana ada tiga profesion yang popular dilakukan oleh manusia kini iaitu pertanian, perdagangan dan sector pembuatan perindustrian.
Mengikut pandangan saya sebagai mahasiswa yang mengikuti program pengajian dalam bidang pertanian di UPM, program ini bukan sahaja memberi ilmu pertanian malahan mengajar saya untuk berusaha sendiri dalam erti kata lain berdikari.

BEBERAPA KEBAIKAN DAN KELEBIHAN DALAM PERTANIAN ISLAM IALAH:
PERTAMA: Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari disebutkan sabda Rasulullahs.a.w yang bermaksud:
“ Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. ”
Dan yang benar adalah apa yang dinaskan oleh Rasulullah s.a.w iaitu hasil tangannya sendiri. Maka bercucuk tanama dalah profesion terbaik dan paling utama kerana merupakan dari hasil  tanaman sendiri   

    
    .
KEDUA: Bercucuk tanam memberikan manfaat yang umum kepada ummah, khususnya kaum muslimin bahkan juga bidang ternakan. Kerana menurut hukum, manusia bergantung sumber kehidupan kepada pertanian dan penternakan. Makanan tersebut tidaklah diperolehi melainkan dari hasi ltanaman,  tumbuhan dan ternakan.
Dalam hadis riwayat Muslim diri wayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penamamnya menjadi sedekah.”
Dalam hadis riwayat Muslim yang lain menyebut, ertinya: “ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat.”
Dalam riwayat lain disebutkan: “ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman dan pohon kemudian dimakan oleh manusia, haiwan atau sesuatu melainkan penanamnya menjadi sedekah.”

KETIGA: Bercucuk tanam lebih dekat dengan tawakal. Ketika seseorang menanam tanaman maka sesungguhnya dia tidaklah berkuasa atas sebiji benih yang dia semaikan untuk tumbuh, dia juga tidak berkuasa untuk menumbuhkan dan mengembangkan tanaman itu menjadi tanaman.
Tidaklah dia berkuasa membungakan serta membuahkan hasil tanaman tersebut. Kesemua urusan ini terletak di dalam kekuasaan ALLAH. Di sini nampaklah nilai tawakal manusia kepada ALLAH AzzaWajalla.
As-Syeikh Zakaria Al-Ansari berkata: Mata pencarian yang paling utama ialah bercucuk tanam kerana lebih dekat dengan nilai tawakal dan ianya juga memberikan manfaat yang umum bagi semua makhluk dan secara umumnya manusia amat memerlukan kepada hasil pertanian.
Al-Zarkasyi mengatakan bahawa semua manusia memerlukan kepada makanan dan tidak ada kehidupan tanpa makanan.