Thursday 7 August 2014

CERITA BERKEBUN

PENGALAMAN BERKEBUN.
Assalamualaikum ..
Saya sangat minat berkebun dari saya kecil lagi. Waktu zaman kanak-kanak saya salalu mengikuti ibu dan bapa saya berkebun di kawasan lapang di belakang rumah. Saya sangat berminat untuk berbudi kepada tanah sejak dari kecil lagi sehingga sekarang.

Selepas saya tamat pengajian di tingkatan 5 iaitu selepas menduduki peperiksaan yang sangat getir dalam hidup saya iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Dalam tempoh menunggu keputusan peperiksaan tersebut saya membuat keputusan untuk menanam sayur-sayuran untuk dimakan sendiri. Saya berkebun di kawasan  lapang yang terletak di belakang rumah. Hasil yang diperoleh kali pertama tidaklah sebaik yang diharapkan tetapi seronok rasanya dapat merasa hasil daripada titik peluh sendiri.
Selepas menuai hasil sayur-sayuran yang ditanam saya membuat keputusan untuk mencuba menanam pokok timun dan hasilnya untuk dijual. Selepas beberapa minggu usaha saya ini berhasil tidak sia-sia pengorbanan saya manjaganya setiap hari. Hasil kali pertama yang dituai saya menjualnya di sekitar kawasan yang berhampiran dengan rumah saya dan menjualnya kepada peruncit kecil-kecilan yang berniaga di dalam kampong saya. Wang daripada hasil jualan saya ini digunakan untuk membeli gajet yang diidamkan dan boleh menabung . Dengan ini, saya tidak perlu mengharapkan wang daripada ibu bapa.


Dengan ini, saya dapat menyemai sikap berdikari dalam diri dengan kurang mengharap bantuan orang lain disamping dapat menambah pengalaman. Akhir sekali saya ingin memohon maaf jika ada tersalah bicara atau terdapat kesilapan dalam entri saya ini..  

No comments:

Post a Comment