Thursday 7 August 2014

HOBI YANG MENGGEMBIRAKAN

Assalamualaikum…entri saya kali ini saya ingin menceritakan tentang hobi. Saya mempunyai hobi yang memberikan kepuasan kepada diri saya. Hobi saya ialah memancing. Ayah saya juga seorang kaki pancing. Pada waktu lapang saya dan ayah sering pergi ke tasik,sungai atau kolam untuk memancing ikan. Memancing juga merupakan satu riadah ,sekaligus memancing boleh menyemai sikap sabar dalam diri sewaktu menunggu ikan memakan umpan.

Pada hujung minggu, saya dan keluarga akan meluangkan masa cuti hujung minggu besama-sama. Kami sekeluarga akan pergi ke tasik atau kolam untuk berkelah dan saya mengambil peluang ini untuk memancing. Beriadah bersama keluarga amat menggembirakan sekaligus, dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa juga dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seharian bekerja. Di tempat seperti tasik boleh sangat tenang kerana ia terletak jauh daripada hiruk-pikuk Bandar.

Di samping itu, hobi memancing ini tidak memerlukan modal yang banyak untuk membeli peralatan memancing. Umpan untuk memancing boleh menggunakan cacing yang dicari di belakang rumah tanpa membuang duit untuk membeli umpan. Pemancing dapat merasa kepuasan apabila mendapat hasil yang tak di jangka-jangka seperti mendapat ikan yang besar.

Saya berharap pembaca tertarik dengan hobi saya kerana anda tidak akan hampa kerana hobi memancing ini boleh memberikan manfaat dalam hidup anda daripada membuang masa yang terluang dengan aktiviti tidak berfaedah.

No comments:

Post a Comment